Rabu, 24 Jun 2009

ZEITGEIST:ADDENDUM

Filem dokumentari bersiri 'Zeitgeist:Addendum' yang diterbitkan oleh Peter Joseph pada tahun 2008 ini mengenai bagaimana terciptanya rahsia penipuan sistem kewangan kapitalis barat - negara US, yang berlandaskan riba' yang kini jelas semakin hampir menghancurkan sebahagian besar negara-negara yang telah mengamalkan sistem kewangan kapitalis barat ini dalam menjana ekonomi negara. Buktinya kegawatan ekonomi global sekarang ini. Boleh dikatakan hampir semua negara di dunia ini telah berurusan dengan sistem ini dan turut dijadikan dasar ekonomi negara.

Secara nyatanya sistem ini wujud untuk misi para kapitalis besar barat mengaut keuntungan semaksimum yang boleh demi kepentingan peribadi dan meluaskan kuasa penaklukan mereka. Ia juga turut 'membongkar' rahsia bagaimana kuasa-kuasa besar barat melakukan propaganda,peperangan dan memanipulasikan sistem ini untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin sesebuah negara yang tidak 'sekepala' dengan dasar-dasar ekonomi mereka supaya dapat mengaut hasil-hasil kekayaan sumber asli sesebuah negara khususnya tanpa tentangan.

Secara peribadinya saya mengajak anda semua cuba menonton filem dokumentari ini dan mengambil 'sesuatu' dari siri-siri ini dalam memahami agenda sebenar di sebalik penipuan kuasa-kuasa besar barat untuk menguasai dunia melalui kuasa ekonomi mereka. Bagi yang dah menontonnya ok tahniah dan terima kasih. Saya hanya menyediakan siri pertama untuk entri ini.

Siri Pertama - Zeitgeist Addendum


Transkrip asal untuk siri pertama ada disediakan bagi mereka yang tak mahu menunggu lama untuk 'loading' video filem dokumentari ini. Sila ke www.zeitgeistmovie.com (juga siri kedua dan seterusnya ada disediakan beserta transkrip dalam laman web ini.)

* Pesanan dari penulis blog syurgadidunia - "Filem ini adalah olahan barat yang tidak percayakan tuhan tetapi sedar akan penipuan yang berlaku di dunia baik dari segi kewangan, politik hinggalah ke agama mereka sendiri (Kristian). Mereka mengajak manusia semuanya meninggalkan agama dan ini adalah jalan hidup yg sesat."

Nota : Terima kasih
syurgadidunia.blogspot

3 ulasan:

  1. lari tajuk sket eh---comel la pic header kat atas tu....anak kamoo eh?

    hehhehehe....

    ok2...lepas siap semua keje...nanti yanie layan video kat blog nih.....

    BalasPadam
  2. acu yanie..
    ok roger kalau boleh sebarkan..pengetahuan jugak ni :-)

    BalasPadam
  3. wokeh bro...

    (^_^) puasa dak ari ni? acu yanie puasa....hehehehe

    BalasPadam