Isnin, 31 Ogos 2009

Saya bukan along..Saya cuma nak tolong


Gua terima sms dari member dari utara pagi tadi mintak gua tolong buatkan slip gaji dan menggunakan letterhead kompeni gua menyatakan ‘seakan’ dia bekerja di bawah kompeni gua. Nak buat loan katanya. Gua balas sms member gua – “Ok no hal. Sebelum tu baca entri dari blog gua kul 12 mlm nanti”. Member gua balas sms - “Ok”.

Gua bukan nak membebel pasal along haram atau lintah darat yang berlambak kat luar sana tu dan gua tak reti membebel dengan cara ilmiah. Gua nak membebel macam gua berborak kosong dengan pakcik gua. Yang mencabar kewarasan gua pasal bank-bank di Malaysia yang gua anggap dah macam ‘Godfather of Along’ yang bertopengkan di sebalik perniagaan sah diorang iaitu institusi perbankan di negara ini.

Gua keliru macam mana gomen nak membanteras geng lintah darat atau along haram di luar sana sedangkan gomen pun ‘secara angan tak sedarnya’ menghalalkan budaya lintah darat secara legal melalui institusi bank. Memberi kaedah berhutang yang tak masuk akal seolah-olah mengalakkan rakyat didahulukan untuk berhutang, pencapaian hutang tertunggak diutamakan. Oh gua lupa sebenarnya ia telah di terima dengan baik oleh gomen-gomen di seluruh dunia. Terima kasih kepada Yahudi dan Amerika.

Memang sebahagian besar rakyat kita suka berhutang . Gua nak bagi tau kat sesiapa makan gaji di luar sana tu yang tak biasa ‘di ligan’ dan kalau lu gaji tak besar mana jangan ditipu dan teransang dek iklan-iklan bank yang gila kat tv@browser@terpesona dengan kata-kata manis diorang dengan istilah ‘PINJAMAN PERIBADI SEGERA’. Lebih kurang sama jer dengan along yang berlambak kat luar tu. Bunganya tinggi. Lu pinjam seribu lu terlambat bayar lu tak dapat lari beb. ‘Pinjaman’ tu kan sama ertinya ‘Berhutang’. Sesiapa yang pernah ‘di ligan’ bank pasti tahu azabnya. Orang yang menjadi penjamin pun merasai tempias azabnya. Ok gua rendahkan tahap amaran gua – jangan berhutang dengan bank jika ia bukan digunakan untuk pelaburan aset tetap . Lu ingat diorang akan bagi diskaun sampai 30% bagi sesiapa yang tak bayar hutang tertunggak? Dengan ekonomi sekarang agensi gomen pun sebenarnya dah tak mampu nak bagi hutang dah. So lu fikir kesempatan yang akan diambil bank ketika ekonomi dunia dan Malaysia sedang gerhana. Lubuk diorang sebenarnya beb.

Kalau sesiapa bernasib tak baik akan terima ‘kata-kata jelik’ dari orang gajian diorang di tambah dengan surat-surat dan sms-sms peringatan dari diorang atau lawyer upahan diorang . Katakanlah kita membayar hutang mengikut kadar paling minimum pun setelah rayuan untuk mengelak di saman atau blacklist kononnya tak nak diorang ganggu setiap hari tetapi kita tetap akan di buru juga pada bulan yang berikutnya. Diorang pun ada ‘kuncu-kuncu’ yang akan mencari kita. Lagi kita mendiamkan diri atau menghilangkan diri selagi itulah orang di sekeliling kita akan diganggu. Takkan diorang hanya ada geng tarik kereta jer? Cuba fikir logik walaupun tadi gua hanya beri andaian. Kalau bernasib baik pun kerana kita berhutang secara legal. Kalau tidak sudah tentu kita ’di bunuhnya’. Walaupun secara legal kita akan di isytihar bankrupsi dan harta di sita oleh mahkamah jangan ingat kita akan terlepas dari buruan diorang. Selagi tak bayar selagi itulah diorang akan terus menghantui orang yang berhutang dengan bank. Kita nak menagih simpati? Jangan harap diorang akan meratap kerana inilah tujuan bank ditubuhkan.

Pertamanya kita kena tau keupayaan kewangan kita. Sebahagian besar dari kita makan gaji dan berniaga IKS. Tetapi yang paling penting diorang tahu kita amat-amat lemah dalam perancangan menguruskan kewangan. Pasti dalam 10 orang yang berhutang hanya seorang yang berjaya melunaskan hutang sehingga selesai. Inilah main target bank-bank kita. Diorang tau kita memiliki kelemahan ini dalam istilahnya keperluan kehendak nafsu melebihi keperluan asas hidup. Itulah penindasan ekonomi yang kita ‘anuti’ sekarang.

Desakan social hidup membuat kita berhutang? Berhutang untuk mendapat sedikit kenikmatan dan keselesaan? Nak kawin? Gua tak mau komen. Itu lu boleh fikir sendiri. Gua cuma bagi tau elaklah dari berhutang bank. Cukup-cukuplah berhutang kenderaan dan rumah dengan diorang. Tu pun dah kita sesak nafas. Ni nak bagi tau lagi sekali yang paling ditekankan gua ialah ELAK berhutang dengan bank secara ekspres –PINJAMAN PERIBADI SEGERA. Jelas bahaya beb memang jerut leher sendiri ke tali gantung. Kalau terdesak sangat pun ikhtiar cara lain. Jadikan bank hanya tempat untuk menyimpan wang dan masuk gaji .Kad kredit pun sama janganlah nak berlagak atau menggunakan untuk modal pusingan niaga tak kiralah kad kredit konvensional ke atau secara syariah Islam. Silap haribulan habis porak peranda institusi kekeluargaan beb kerana diorang peduli apa pasal institusi keluarga kita. Sebab itu diorang suruh kita isi maklumat waris terdekat@ maklumat tempat tinggal dan no. telefon ibu. So kepada orang-orang yang berkata ‘’Bodo dah kau berhutang pasal apa? Pandai hutang bank pandailah bayar, Tak cium bau syurga”..bro kita tak tahu niat mereka berhutang pasal apa dan mereka pun dah terseksa . Bukan semua yang tak dapat bayar hutang bank itu semuanya kaki kapur cuma kurang bijak so janganlah takbur. Manalah tau sampai masa kita di ujiNya dengan berhutang suatu hari nanti. Sepatutnya kita rasa syukur yang amat kerana kita memilih untuk selamat dari bebanan hutang. Kepada member gua tadi, gua mintak maaf. Gua cuma nak tolong lu. Harap lu fikir baik-baik.

Gua nak ikutkan tak suka berhutang bank kerana gua lihat sendiri orang-orang yang berhutang di sekeliling gua. Gua dulu pun pernah terjebak dengan diorang. Ada yang bertuah dapat bangun kembali untuk melangsaikan semua hutang lapuknya, ada yang belum lagi menemui tuahnya macam gua. Sebenarnya gua tak peduli dah kalau gua anggap bank itu ALONG kerana diorang jenama manusia sajalah yang berasa diorang betul.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Majalah Jenaka Alternatif


Telah berada di pasaran pada 24 Ogos 2009 (Isnin) Harga RM 4.00 (Semenanjung Malaysia) RM 5.00 (Sabah / Sarawak)

Info lanjut klik sini, sini dan sini