Isnin, 22 Jun 2009

UNITY...


La ni orang kita dalam Malaysia dok serius tak serius, tak pasal-pasal kena jugak sebut 'unity goverment' ni. Macam-macam luahan,kupasan beserta buah fikiran pro kontranya diketengahkan terutama dalam blog-blog. Ia merupakan isu semasa yang nak tak nak kita kena ambil tahu jugak bagi manusia yang prihatin. Manalah tahu kot-kot isu ni nanti akan top sebagai soalan dalam temuduga korang dengan kerajaan..he he he.

Aku ini telah berbulan lamanya mengisytiharkan diri aku manusia yang bebas dan tidak berfahaman mana-mana parti politik di muka bumi ini. Aku tak pandai dan tak berminat sangat dalam hal-hal politik cukup untuk aku sebagai pemerhati jenama manusia..iya. Aku cuma mengikut logikal akal dan instinct aku aja. Apa yang aku faham, apa yang baik itu yang aku ikuti selagi tak melanggar hak asasi manusia. Tak nak kacau pun privacy orang lain.

Lebih baik kita kasihani diri kita dulu. Hajat hati memanglah nak berbuat baik dan bekerjasama dengan semua orang tak kiralah musuh sendiri pun, 'unity' lah katakan. Kata mak menakan aku - tak baik gaduh-gaduh dapat banyak pahala tau tolong orang ni tapi selalunya aku yang kena terajang balik hingga tak sempat aku nak elak, tak sempat aku nak tanya pasai apa dan sudah tentu tak sempat aku nak bersangka baik dengan diaorang beb. Ini sebagai contoh saja.

Macam politik jugak ada sepak terajang dan tipu helahnya, yang penting kena bijak catur strategi. Tapi itulah bak kata orang - kalau nak tahu kelemahan atau keburukan kita bukanlah dengan bertanya kepada kawan tetapi bertanya dengan musuh kita.

Sekarang zaman 'kurap', zaman 'unity' jugak - zaman orang bersatu untuk berebut dan menyalahguna kuasa demi wang untuk kepentingan diri. Tanpa langsung nak ambik tahu atau takut nak ambik tahu sumber halal haram sebenar, atau ragu-ragu dalam mengikhlaskan diri untuk melaksanakan sumpah janji perjuangan mereka dalam membela rakyat. Ini mungkin makna survivor bagi golongan ini. Kononnya merekalah yang akan mewarnai hala tuju kita menjadi putih atau hitam. 'Unity' kerana menjaga kepentingan bangsa ? Lupakanlah, buang masa semua orang sebenarnya.

Bagi aku sebenarnya - yang tertindas, yang sakit, yang kacau bilau, yang bekerja keras, yang merasai kais makan pagi kais makan petang, yang betul-betul berjuang untuk hidup, yang menentukan hala tuju dan yang akan mati satu hari nanti tetap adalah aku, engkau, dia dan rakyat marhaen. Inilah 'unity' manusia yang patut kita peduli.

Aku rasa pandangan ustaz zaharuddin tentang 'unity goverment' ni ada eloknya kita baca untuk kita berfikir dan memahaminya. Klik zaharuddin.net

Nota : Aku 'neutral'. Be a simple man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan