Selasa, 30 Jun 2009

TAHNIAH..PENTAS KITA..KARYA KITA

Sebahagian para bloggers network perak, para seniman dan isteri serta krew-krew bergambar bersama tuan rumah Ustaz Arifin@pak karamu sekeluarga di hadapan rumah beliau selepas selesainya 'Pentas Kita..Karya Kita'. Acara ini boleh dianggap berjaya dan mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk Sg Sumun.






Akhirnya pada malam hari Jumaat, tanggal 26 Jun 2009, penganjuran acara seni buat julung kalinya di Sg.Sumun, Bagan Datoh, Perak telah mencapai target yang dikehendaki penganjur terutama respon yang sangat positif dari orang-orang kampung disini. Acara kesenian yang bukan melalaikan dan bersifat mendidik memang akan disambut baik oleh rakyat marhaen..sudah terbukti dengan penganjuran 'Pentas Kita..Karya Kita'.

Sebenarnya ia bermula di sebuah kedai kopi di Teluk Intan awal bulan Mei yang lalu ketika aku dan meor lanterajiwa berborak mengenai permasalahan dan keberkesanan acara kesenian untuk merakyatkan seni dalam konteks bicara kami. "SENIMAN KENA MASUK KAMPUNG" - itu yang aku bilang kepada meor lanterajiwa dan seterusnya kami meluahkannya di dalam blog dan sedikit sebanyak telah terbukti memberi kesan dalam entri aku yang lepas. Klik <>

Terima kasih kepada meor rambut panjang a.k.a meor lanterajiwa yang memanjangkan konteks bicara kami sehingga abg matsamankati mencetuskan idea penganjuran ini kepada Bloggers Network menerusi Perak Express ( abg MSK, sam ahmad, anaz, sya-reformis) dan Pak Karamu bersama anaknya UmmiAnni sehingga terhasilnya kerjasama penganjuran 'Pentas Kita..Karya Kita'. Jasa mereka tetap dikenang. Betul tak bro..

Meor rambut panjang ini telah bekerja keras menghubungkan Bloggers Network, Pak Karamu, UmmiAnni dan para seniman sehingga menjadikan acara ini berjaya. Aku senang di belakang tabir. Gandingan kreativiti meor berkaitan rekaan grafik poster dan hasilan khat oleh syed perkusi gatra memang best dan aku tidak perlu mempertikaikannya.

Terima kasih juga kepada para seniman yang mempersembahkan hasil karya asli mereka, rakan-rakan blog yang sudi hadir dan yang turut mempromosi acara ini di blog masing-masing, krew-krew di belakang tabir acara ini terutama geng yang menyediakan pentas, audio dan lighting, geng catering, geng dari AMK Bagan Datoh yang menjaga lalulintas dan kepada orang-orang kampung Sg. Sumun - Kamu semua memang happening dan cool.

Aku diberitahu oleh meor acara sebegini akan diadakan lagi di Kuala Kangsar selepas raya Aidilfitri tahun ini. Harap di KK nanti tiada yang malu-malu untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Jangan ler dok jauh menyorok dalam gelap, di sebalik pokok-pokok. Kita ingin berhibur sambil menikmati acara kesenian yang berlangsung secara santai dan tidak mahu ada jurang ketidakselesaan antara para seniman dan rakyat terutama orang-orang luar bandar.

Teringin jugak aku untuk 'beraksi' di atas pentas nanti. Kalau meor rambut panjang kata line clear he he he. Sama ada aku masih menjadi krew di sebalik tabir akan datang semuanya bergantung kepada lokasi kerjaya baru aku selepas raya Aidilfitri nanti.


Nota 1 : Terima kasih sekali lagi kepada brader sam ahmad yang sudi jaga 'kedai cd' aku ketika aku curi-curi 'mengulaq' untuk ambik gambar dan menikmati kemeriahan bersama para seniman. Penjualan cd lagu nik a.k.a javidnamah dan meor pestajiwa amat memberangsangkan. Terima kasih kepada 'superstar' pada malam itu - brader pyanhabib, airmas, anak8, kulopsakah, abdullah jones, nik, meor pestajiwa, bebudak percussion dari Malim Nawar dan hariry.

Nota 2 : Ada review dan gambar juga mengenai acara ini dalam blog-blog mereka yang terlibat di atas. Juga gambar klik <>

5 ulasan:

  1. jangan terlepas dikuala kansor kita gegar satu malaysia ni..

    BalasPadam
  2. nik..
    moh yop..kite gegor satu kuale kangso nanti biyo satu malaysia tau.

    BalasPadam
  3. lanterajiwa..
    line clear he he he...

    acu yanie..
    tahniah darimu diterima sepenuh hatiku :)

    BalasPadam