Khamis, 21 Mei 2009

DI SEBALIK TABIR MALAM PESTA JIWA


Aku tertarik komen dari Lanterajiwa dalam blog kulopsakah pada entri bertarikh 19 Mei 2009. Lanterajiwa meluahkan rasa kecewanya bila proposal dia untuk mendapatkan dana Malam Pesta Jiwa Part Two dipandang sepi oleh kerajaan PR Perak walaupun ada sahabatnya menjadi orang kuat kerajaan PR Perak di SUK itu.

Bagi aku pedulikan mereka. Depa bukannya pandang kita pun. Depa ni jenis jenama manusia yang hanya tau gunakan kita untuk tuntutan survival politik depa ja. Belum tentu diaorang ada jiwa marhaen. Jiwa rakyat. Jiwa belia. Jiwa seni. Jiwa jiwang-jiwang. Ha ha ha. Korupsi lagi ada la.

Aku turut dapat merasai kekecewaan Lanterajiwa itu kerana aku turut sama-sama membantu dia dalam menjayakan Malam Pesta Jiwa Part One tahun lepas..

Sebagai organizer muda yg baru bertatih. Perghh. Macam-macam kami buat untuk menjayakan Malam Pesta Jiwa Part One dengan bantuan kenalan-kenalan yang mencintai seni. Terima kasih kepada Haneem YKP dan brader Meor Folk yang telah memberi kepercayaan dan bantuan kepada kami untuk menganjurkannya.

Orang Baru

Kami orang baru. Jadi sebagai permulaan Malam Pesta Jiwa Part One kami mengeluarkan duit poket sendiri dan melalui sumbangan derma orang perseorangan yang mengenali kami. Terima kasih kepada rakan-rakanku di Kedah yang sanggup memberi sumbangan ketika aku turun ke sana cuma sedikit kekesalan aku kepada seorang staf penting sebuah yayasan milik salah seorang dari orang terkaya (tycoon) Malaysia langsung memandang sinis proposal kami. Tapi takpe. Aku bukan heran sangat dengan kemegahan yayasan ini. Buat la masjid free banyak mana pun. Kaya pun hasil kapitalis jugak.

Dana

Memang jiwa kami kuat untuk menganjurkan seberapa banyak program sebegini rupa tapi jiwa rasa kami belum cukup kuat bila bertemu bab DANA ini. Yea bro. Inilah masalah kami. Masalah dana jika ingin menganjurkannya terutama di luar KL atau luar kawasan bandar besar Selangor. Untuk memastikan program-program seterusnya menjadi lebih baik dan hebat dari sebelumnya kami amat memerlukan dana yang bukan ciput dan sudah tentu kami memerlukan kerjasama dan sokongan dari kerajaan negeri kerana dari situ lah baru terbuka mata penyumbang-penyumbang budiman untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. He he he.

Tapi itu lah hakikat. Yang lepas sudah terlepas. Brader Meor Folk kata ‘jalan teruss beb !!’ Aku jalan. Aku teruskan jalan itu. Cuma aku sedang tunggu apakah bentuk tindakan atau insentif seniman-seniman yang nak merakyatkan seni ini terutamanya di luar KL? Adakah jiwa seniman-seniman ini cukup kuat dan teguh untuk merakyatkan seni ‘dakwah’ mereka untuk turun padang menarik minat rakyat luar KL?

Atau mereka ini cuma tergolong dalam kategori eksklusif iaitu karya-karya mereka untuk pengikut-pengikut kelompok mereka saja. Kalau dilihat dari senario acara seni yang berlangsung di KL atau kawasan bandar besar Selangor (terutamanya), ianya dihadiri oleh pengikut-pengikut yang sama dalam apa acara sekalipun. Jawaban yang mudah ialah tidak berkembang.

Publisiti

Apa yang diperlukan sekarang ialah publisiti. Bagi mereka yang berada di luar KL dan Selangor atau lebih-lebih lagi di luar bandar, apalah sumber maklumat yang mereka boleh dapat sangat selain daripada tv. Internet jangan haraplah. Bukan semua berduit nak pasang internet.

Publisiti yang dimaksudkan ialah cukup dengan hanya para seniman ini dikenali. Dikenali kerana karya mereka. Dikenali kerana para seniman ini datang membuat persembahan di tempat mereka. Dikenali kerana para seniman berkomunikasi dengan mereka. Para seniman tidak perlu menonjol di tv pun takpe. Itu bukan yang mereka harapkan. Itu pun kalau stesen tv mahu panggil.

Ke Luar Bandar

Tapi sesekali marilah ke luar bandar. Merakyatkan mereka juga. Mereka pun juga rakyat. Seperti orang di bandar. Mungkin kali pertama, kedua, ketiga atau keempat acara kita hambar. Mungkin tidak sampai 20 orang sahaja yang hadir. Tidak mendapat pulangan. Tapi suatu hari nanti rakyat luar bandar ini juga akan mengenali kamu seperti pengikut kamu yang berada di KL. Suatu hari nanti mereka juga akan menjadi salah seorang di antara pengikut kamu.

Seharusnya para seniman mempunyai misi untuk turut diterima dan dihargai di luar bandar. Menurut mak kawan aku masa dulu-dulu seniman-seniman pop yeh yeh pun selalu turun ke Bota. Tapi sekarang seniman rakyat jarang (atau yang lebih tepat tidak pernah) kedengaran turun ke luar bandar.

Dana dan Publisiti

Perkara penting aku nak sampaikan ialah kesinambungan antara publisiti dengan dana. Hubungannya kuat. Aku tersedar perkara ini bila aku mula nak cari dana buat Malam Pesta Jiwa. Apa yang telah aku cakap tadi aku mintak dengan kenalan-kenalan aku. Kenalan-kenalan aku semuanya orang luar bandar. Orang kampong lah senang cakap. Sejujurnya mereka tidak mengenali nama-nama seniman yang tertera dalam proposal tu. Kalau yang kenal pun cuma nama-nama besar seperti Pyan Habib dan Hishamuddin Rais. Itu pun berapa kerat sangat yang kenal nama besar itu.

Maaf kepada teman-teman seniman. Niat aku bukan mahu menyinggung perasaan teman-teman. Aku amat menghormati ideologi, fikrah dan sumbangan kamu. Aku yang kecil ini jugak berasa amat bangga dapat berkawan dengan kamu walaupun dari jauh. Tapi inilah hakikat yang aku rasai. Orang luar bandar (yang bandar pun sama kot) tidak mengenali para seniman ini. Jadi, macam mana mahu dapat sumbangan dana? Nak datang ke majlis itu pun belum tentu. Inikan mahu sumbang dana?

Ini belum lagi masuk bab tiket acara. Acara begini belum mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sebab itu kemasukan kita (terpaksa) beri secara percuma. Atas alasan itu kita perlukan dana. Mungkin 5 tahun atau 10 tahun akan datang apabila acara seni seperti ini mendapat perhatian, barulah kita boleh berfikir tentang tiket masuk seperti Rainforest World Festival. Pada ketika itu hasil jualan tiket sudah mampu menanggung kos selenggara acara seni yang kita mahukan.

Jadi inilah masalah yang aku cuba kaitkan antara dana dan publisiti. Ia secara langsung akan memberi kesan kepada matlamat merakyatkan seni itu sendiri. Bagi aku matlamat merakyatkan seni itu kepada semua rakyat.

Kerjasama

Justeru, pada pandangan aku, pihak organizer (luar bandar) dan pihak seniman perlu bekerjasama untuk mengadakan acara di luar bandar sekerap yang mungkin seperti di KL. Masing-masing perlu bertolak ansur kerana ini sebagai permulaan. Ini dikira sebagai publisiti untuk mencari dana di masa-masa mendatang.

Apabila semua peringkat di bandar dan di luar bandar dijelajah oleh para seniman ini, tidakkah nanti para pengikut-pengikut mereka akan bertambah? Tidakkah mereka rasa bangga apabila seluruh rakyat merasai dan memahami fikrah mereka? Tidakkah mereka mahu karya mereka menjadi bahan sejarah ilmu yg berguna dan menjadi sebutan kepada generasi akan datang? Tak kan kita nak terus berbangga dgn ideologi-ideologi dan karya-karya seni hebat di luar sana terutama Indonesia? Tak kan mereka-mereka ini tak nak menjadi seorang yang hebat di luar sana? Atau cukupkah sekadar angan-angan jenin, mengikut arus musim trend politik semasa yang dilihat memihak kepada mereka?

Optimis

Aku seboleh-bolehnya tidak mahu mengharapkan apa-apa sumbangan daripada kerajaan. Semahu-mahunya aku mahu setiap acara disumbangkan secara ikhlas daripada rakyat dan seterusnya bersama-sama berhibur sambil memperolehi sesuatu yang berguna daripada para seniman. Sejajar dengan tema merakyatkan seni itu sendiri.

Aku cukup optimis untuk mengatakan bahawa para organizer dan para seniman dapat bersama-sama merealisasikan acara kesenian di luar bandar sekerap seperti di KL suatu hari nanti. Aku jugak sangat yakin pada suatu petang nanti untuk melihat dan mendengar tentang karya para seniman rakyat ini menjadi topik-topik perbualan oleh Haji Murtaza, Pak Ngah Leman, Cikgu Suhaili dan Hanapi ketika sedang makan lempeng di gerai Hasan di Teluk Intan. Dan aku wajib rasa bangga apabila di suatu hari nanti Asrar, si teruna sepi Bagan Datoh dan kawan-kawan mengailnya bertanyakan pada aku tentang karya-karya terkini para seniman rakyat untuk mereka turut sama miliki. Pastinya aku juga turut sama meraikan posting yang sedang aku tulis ini apabila pada suatu hari nanti akan ada di kalangan anak-anak aku yang akan membacakan sajak karya Rahmat Haron dan Abdullah Jones pada pertandingan membaca sajak di sekolah mereka. Kepada Lanterajiwa teruskan saja niat suci kamu itu. Pasti ada jalannya.

Aku? Aku mengharap agar hati kita menjadi satu. Apa aje la yea..

Nota : Malam Pesta Jiwa telah diulas dalam ruangan budaya atas nama tajuk Konsep Santai : Kesenian yang merakyat oleh Adam Baskaran (terima kasih bro) dalam Suara Keadilan Bil 182, 19 – 26 Mei 2009. Turut diulas dalam tajuk yang sama ialah acara Pekan Frijan yang akan diadakan pada 30 Mei ini. Dalam ruangan yang sama, Meor Folk juga turut diulas tentang album DRUR nya.

9 ulasan:

  1. Seniman dan peminat seni, pejuang seni jangan berhenti berseni. Cuma fikirkan juga seni untuk mempengaruhi kotak pemikiran sang penguasa selain merakyatkan seni.

    BalasPadam
  2. Hah...

    Dua bulan sebelum PR tumbang...aku buat proposal untuk mengadakan satu persembahan rakyat sempena sambutan setahun Pakatan Rakyat.Tapi aku tak tau apa garis panduan depa.

    Aku mulakan dengan yang ekstrim..konsert rock Search dan Wings...memang dah agak...belum sempat habih cakap depa dah tolak.

    Aku turun kepada Siti Nurhaliza...pun depa tolak.

    Kemudian aku cakap tentang underground..lagi la depa tak paham. Takut kat Carburettor Dung.

    Last-last depa suruh panggil Raihan ka..Rabbani ka. Pirrahhh..dalam kereta penuh CD Hindustan.

    Tunggu..satu hari aku rempuh jugak.

    Minta izin aku nak copy-paste posting ni dalam Perak express. Tapi bukan la ni. La ni depa tengah sebok pasai sapa MB.

    BalasPadam
  3. muhaimin sulam..
    terima kasih..satu buah fikiran yg baik. akan diusulkan kepada pejuang-pejuang seni yg lain.

    matsamankati..
    sahabat..aku izinkan untuk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  4. entahlah dlm hidup ni kita tak dapat nak membahagiakan semua org.
    bagus juga sbnrnya kalau org mcm aku dilupalupuskan sebagai sampah

    sampahseni.blogspot.com

    BalasPadam
  5. rahmat haron..
    bro..terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku..

    BalasPadam
  6. Mungkin inilah yang cuba dirumuskan oleh Nur Hanim M. Khairuddin : "Bangsa seniman kini mengalami satu periode yang sangat menggusarkan bila mana hampir tiada penjanaan discourse (wacana) yang sihat dan mantap, yang boleh menyokong dan mengangkat pengkaryaan mereka."

    Tambahnya, "... seniman berasa selesa hidup dalam konteks 'keluarga mereka sahaja, sendiri-sendiri menganggap mereka golongan elitis, merasakan diri sangat istimewa dan gifted dan berkarya untuk kepuasan nafsu berseni semata-mata, tanpa mengambil endah peranan besar seni itu sendiri dalam membina masyarakat yang ideal."

    Tulisan dicuplik dari tajuk Seni Budaya : Majukah Kita Bersama BA (m/s : 126) dalam buku Patah Balek karya Fathi Aris Omar terbitan SIRD.

    BalasPadam
  7. lanterajiwa..
    terima kasih..mungkin para seniman telah menyedarinya.masih belum terlambat.aku harap mereka fahami akan maksudnya.

    BalasPadam
  8. Teruskan perjuangan kental................

    BalasPadam
  9. D'Rimba
    terima kasih..khabarnya d'rimba dijemput ke bagan datoh untuk event hujung bulan ini ? Jika ya..harapnya dapat berjumpa nanti.

    BalasPadam