Selasa, 19 Mei 2009
DI SUATU HARI DI SUATU WAKTU..
Ini kisah lama. Dulu masa aku lama di kedah dan menjadi kutu aku telah di 'offer' oleh bapak aku menerima lamaran rakannya yang selepas itu aku menjadi partner dalam bisnes dia. Oleh kerna dia ada connection dengan orang jabatan kerajaan so sebagai orang muda yang tahu menghormati warga emas ini so aku follow jer walaupun pada mulanya aku tak berminat.
Sampai sekarang aku masih terasa pelik pasal apa aku boleh mengeluarkan wang simpanan aku untuk dijadikan modal bisnes mengarut ini. Aku memang tak suka dengan sistem bisnes ini sehingga selalu jugak la aku bertekak dengan partner aku. Mana tidaknya sistem ini ibarat habis madu sepah di buang..
Inilah penyakit kronik yang berlaku dalam jabatan kerajaan bila kakitangan kerajaan sendiri suka mengamalkan korupsi lebih dari orang politik dan yang bestnya ada di kalangan mereka cuma office boy jer..ini belum lagi sesiapa yang dok department yang lubuknya tempat para kontraktor berpesta..
Alasan partner aku :-
1. "kalau tak bagi komisyen depa tak bagi projek kat kita dah..saingan sengit..orang lain sedang lobi depa..".(selalunya permintaan mereka melampau )
2."yop kerja kita tgh banyak ni..kalau hang tak dapat cari modal payah dah depa nak bagi projek. ( prinsip aku memang nak elak berhutang bank lastly aku gadaikan juga prinsip aku )
Bila projek kurang..ini alasan 'orang gomen' :-
1."la ni orang atasan dok perhati company hang sebab selalu dapat job..aku terpaksa cari company lain nak cover hangpa.." ( cis! lubuk aku kecik jer..apa ke jadahnya nak suspek aku dapat projek besar..bukannya berjuta, ratus ribu, puluh ribu pun tak..bukannya tiap-tiap minggu dapat job kadang-kadang 3 bulan sekali baru dapat )
2. " nanti kalau ada job aku roger hang..hangpa jgn risau" ( ceh! nak menipu la tu padahal dah pasang kaki lain yang lagi kuat aura lobinya )
3. " aku dah takdak kuasa dah...lagipun penguasa dah parti lain" ( piirah!! parti sapa pun berkuasa korupsi tetap ada jugak )
Akhirnya setelah sekian lama tiada job maka partner aku telah apply jawatan sebagai pak guard..dia berjaya dan aku pun apply jawatan jugak..menjadi kutu semula.
Nak lawan korupsi penguasa peringkat tertinggi ni kuasanya ada pada rakyat..so gunakanlah..
Moral - cari ler bisnes lain yang tak dak kaitan dengan sistem ini kalau nak hidup berkat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betol tu bro... orang gomen bawahan pulak sering bagi alasan "kami ikut arahan"... atau pun alasan "kami makan gaji aje"... atau yang jenis tak nak bertanggungjawab, bagi alasan "pegawai cakap"... tak membina langsung... langsung tak nak berfikir... no brain...
BalasPadamduit bro..mereka-mereka yg berperangai sebegini semuanya main redah ja..hampehh
BalasPadam