Rabu, 24 Jun 2009
ZEITGEIST:ADDENDUM
Secara nyatanya sistem ini wujud untuk misi para kapitalis besar barat mengaut keuntungan semaksimum yang boleh demi kepentingan peribadi dan meluaskan kuasa penaklukan mereka. Ia juga turut 'membongkar' rahsia bagaimana kuasa-kuasa besar barat melakukan propaganda,peperangan dan memanipulasikan sistem ini untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin sesebuah negara yang tidak 'sekepala' dengan dasar-dasar ekonomi mereka supaya dapat mengaut hasil-hasil kekayaan sumber asli sesebuah negara khususnya tanpa tentangan.
Secara peribadinya saya mengajak anda semua cuba menonton filem dokumentari ini dan mengambil 'sesuatu' dari siri-siri ini dalam memahami agenda sebenar di sebalik penipuan kuasa-kuasa besar barat untuk menguasai dunia melalui kuasa ekonomi mereka. Bagi yang dah menontonnya ok tahniah dan terima kasih. Saya hanya menyediakan siri pertama untuk entri ini.
Siri Pertama - Zeitgeist Addendum
Transkrip asal untuk siri pertama ada disediakan bagi mereka yang tak mahu menunggu lama untuk 'loading' video filem dokumentari ini. Sila ke www.zeitgeistmovie.com (juga siri kedua dan seterusnya ada disediakan beserta transkrip dalam laman web ini.)
* Pesanan dari penulis blog syurgadidunia - "Filem ini adalah olahan barat yang tidak percayakan tuhan tetapi sedar akan penipuan yang berlaku di dunia baik dari segi kewangan, politik hinggalah ke agama mereka sendiri (Kristian). Mereka mengajak manusia semuanya meninggalkan agama dan ini adalah jalan hidup yg sesat."
Nota : Terima kasih syurgadidunia.blogspot
Isnin, 22 Jun 2009
UNITY...

La ni orang kita dalam Malaysia dok serius tak serius, tak pasal-pasal kena jugak sebut 'unity goverment' ni. Macam-macam luahan,kupasan beserta buah fikiran pro kontranya diketengahkan terutama dalam blog-blog. Ia merupakan isu semasa yang nak tak nak kita kena ambil tahu jugak bagi manusia yang prihatin. Manalah tahu kot-kot isu ni nanti akan top sebagai soalan dalam temuduga korang dengan kerajaan..he he he.
Aku ini telah berbulan lamanya mengisytiharkan diri aku manusia yang bebas dan tidak berfahaman mana-mana parti politik di muka bumi ini. Aku tak pandai dan tak berminat sangat dalam hal-hal politik cukup untuk aku sebagai pemerhati jenama manusia..iya. Aku cuma mengikut logikal akal dan instinct aku aja. Apa yang aku faham, apa yang baik itu yang aku ikuti selagi tak melanggar hak asasi manusia. Tak nak kacau pun privacy orang lain.
Lebih baik kita kasihani diri kita dulu. Hajat hati memanglah nak berbuat baik dan bekerjasama dengan semua orang tak kiralah musuh sendiri pun, 'unity' lah katakan. Kata mak menakan aku - tak baik gaduh-gaduh dapat banyak pahala tau tolong orang ni tapi selalunya aku yang kena terajang balik hingga tak sempat aku nak elak, tak sempat aku nak tanya pasai apa dan sudah tentu tak sempat aku nak bersangka baik dengan diaorang beb. Ini sebagai contoh saja.
Macam politik jugak ada sepak terajang dan tipu helahnya, yang penting kena bijak catur strategi. Tapi itulah bak kata orang - kalau nak tahu kelemahan atau keburukan kita bukanlah dengan bertanya kepada kawan tetapi bertanya dengan musuh kita.
Sekarang zaman 'kurap', zaman 'unity' jugak - zaman orang bersatu untuk berebut dan menyalahguna kuasa demi wang untuk kepentingan diri. Tanpa langsung nak ambik tahu atau takut nak ambik tahu sumber halal haram sebenar, atau ragu-ragu dalam mengikhlaskan diri untuk melaksanakan sumpah janji perjuangan mereka dalam membela rakyat. Ini mungkin makna survivor bagi golongan ini. Kononnya merekalah yang akan mewarnai hala tuju kita menjadi putih atau hitam. 'Unity' kerana menjaga kepentingan bangsa ? Lupakanlah, buang masa semua orang sebenarnya.
Bagi aku sebenarnya - yang tertindas, yang sakit, yang kacau bilau, yang bekerja keras, yang merasai kais makan pagi kais makan petang, yang betul-betul berjuang untuk hidup, yang menentukan hala tuju dan yang akan mati satu hari nanti tetap adalah aku, engkau, dia dan rakyat marhaen. Inilah 'unity' manusia yang patut kita peduli.
Aku rasa pandangan ustaz zaharuddin tentang 'unity goverment' ni ada eloknya kita baca untuk kita berfikir dan memahaminya. Klik zaharuddin.net
Nota : Aku 'neutral'. Be a simple man.
Rabu, 17 Jun 2009
PERTAMA KALI ! PENTAS KITA...KARYA KITA

Masa : 8.30 malam
Tempat :
Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )
Masuk : Percuma
** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi lanterajiwa@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum 24 Jun 2009. Tema karya adalah bebas dari unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.
Nota - Pesanan ini disediakan oleh lanterajiwa
Jumaat, 12 Jun 2009
Selasa, 9 Jun 2009
BILA SUSAH INGAT TUHAN ?
'Agama Menjadi Kekuatan' - Krisis ekonomi, pengangguran punca ramai cari ketenangan mendekati agama. Itu yang aku baca pada salah satu keratan sebuah akhbar. Tak silap aku 2 minggu lepas. Aku bertanya pada diri sendiri adakah konsep ketuhanan hanya dipegang, dipercayai dan dianuti setelah bila manusia ditimpa kesusahan, malapetaka, kecelakaan atau bala?.Adakah konsep ketuhanan tidak relevan jika kita semua sedang berbahagia, bila kita sedang berkuasa, bila kekayaan melimpah ruah, bila kita dipuji dan disanjung, bila kita diberi kesihatan yang baik ?
Berbalik pada aku sebagai manusia yang menganuti agama Islam yang mengakui dan menyakini bahawa Allah wajib disembah dan Muhammad adalah Rasul Pesuruh Allah, mengapa kita mesti ada perasaan berkeluh resah dan berputus asa dengan dugaan yang diberi olehNya ? Aku akui iman aku tak seteguh mana dan mudah rapuh. Kadang-kadang aku juga ada berkeluh resah dan berputus asa. Inilah yang orang tua-tua kata islam baka dan walaupun aku ini islam baka tetapi aku berusaha mempercayai untuk redha menerima ketentuanNya bagi menguji keimanan aku terutama tahap kesabaran aku. Aku juga berusaha untuk mengikuti jalan yang lurus.
Firman Allah bermaksud: '"Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, " Kami beriman," sedangkan mereka belum diuji (bagi membuktikan keimanan mereka)?" - (Surah Al -'Ankabut, ayat 2)
Firman Allah lagi bermaksud: "Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang kafir sahaja " - (Surah Yusof, ayat 87)
Ada satu artikel kompilasi dari blog (intim.wordpress) yang menarik perhatian aku. Artikel itu menyebut -:
'Apabila seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.
Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)
Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Menurut Jaddal Atiff dalam tulisannya, hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.
Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.
Imam Inu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)
Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.' -
Itulah aku kena yakin ini semua ada hikmah yang tak ternilai yang bukannya untuk meresahkan jiwa-jiwa kita semua termasuk aku. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Semuanya berbalik pada rezeki dan cara hidup kita sama ada Allah redha akan kita atau tidak. Kita kena selalu ikhtiar. Tak rugi pun.
Kegawatan ekonomi dan masalah pengangguran ini pun adalah satu ujian untuk kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terutama ujian peringatan kepada pemerintah. Berbalik pada persoalan-persoalan aku di atas seharusnya aku kena mengakui rata-rata umat manusia hanya akan sedari agama adalah kekuatan ketika didatangi kesusahan.
Nota : Dengarlah bacaan surah Ar Rahman ini.
Sabtu, 6 Jun 2009
SELAMAT HARI LAHIR
KEPADA SAHABAT LAMA..
SELAMAT HARI LAHIR KE 24 pada 05 Jun 2009..semoga mendapat limpahan kasih sayang Allah S.W.T
Sahabat yang sentiasa murah rezekinya..
Sahabat yang sedang berbahagia sekarang..
Sahabat yang suka 'stylo'..
Sahabat yang suka tulis 'nick' - 'cutegurlz 5685'..
Sahabat yang mungkin kerap sakit kepala..
Sahabat yang berpegang pada prinsip untuk berusaha mendapatkan apa yang dihajatinya
walaupun kadang-kadang aku ingat mustahil tapi dia berjaya jugak..
Sahabat yang aku rasa mungkin telah mencapai sebahagian apa yang menjadi impiannya..
Sahabat yang aku rasa tangisan dia selepas ini biarlah tangisan kegembiraan..
Sahabat yang akan mendapat gaji 4 angka nanti..
Sahabat yang akan berbakti untuk masyarakat tak lama lagi..
Sahabat lama ini..
Dulunya masa aku terbaring kesakitan selamba kata badan aku ni boleh dibuat main gitar dan macam 'plywood' ? kah kah kah
Dulunya kadang-kadang suka menganggu 'time' tido aku..
Dulunya suka sangat 'missed call 3 saat' tak kira waktu..
Dulunya aku suka bagi semangat dan melindunginya..
Dulunya memang agak payah untuk aku menolak apa jua permintaannya ..
Dulunya tak reti menyebut 'weird' jadi sebutan 'wek wek'.. ha ha ha
Dulunya kalau nak jumpa 'standard' mesti kat gerai makan dan suka tak habis makanan..
Dulunya suka bercerita dan aku akan menjadi pendengar setia radionya..
Dulunya, kininya atau selamanya 'confirm' perangainya tak banyak berubah..
Kerna dia sosok tubuh yang pernah aku kenali rapat dulu..
Banyak lagi..lupa dah
Adalah lebih baik seseorang itu disayangi daripada digeruni..
Kepada sahabat istimewanya yang sudi menemani liku-liku hidup hingga akhir hayat bersama sahabat lamaku ini nanti..
Hargailah pengorbanannya, jangan sia-siakan peluang itu..
Sahabat lama, jalan terus dan raikan hidup !
Aku suka melihat kamu dari jauh..
Dengarlah bacaan surah Ar Rahman ini.(di 'radio saya' selama seminggu)
Nota : tahun depan sis icah pulak yea..
Jumaat, 29 Mei 2009
KONSEP SATU MALAYSIA ??


E-mail yang aku terima minggu lepas. Bukan untuk provokasi tapi untuk renungan kita bersama. Sudah 52 tahun masih ada lagi jenama manusia macam ini ? Konsep satu Malaysia ? Salah siapa ? Kalau benarlah kesahihan surat ini maka ia adalah satu bentuk penghinaan dan ada unsur-unsur jahat.
Kepada ' orang-orang kita ' perangai bergantung kepada diri sendiri. Takkan kita semua suka diperlekehkan ? Ayuh bangun ! Hentikan korupsi.
Ni peringatan kepada staf gomen yang amal korupsi..fikir-fikirkan lah. Ni sila beli buku " Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri " karya Allahyarham Pendita Za'ba terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu khazanah ilmu yang tak ternilai. Berbaloi-baloi..