Jumaat, 29 Mei 2009

KONSEP SATU MALAYSIA ??



E-mail yang aku terima minggu lepas. Bukan untuk provokasi tapi untuk renungan kita bersama. Sudah 52 tahun masih ada lagi jenama manusia macam ini ? Konsep satu Malaysia ? Salah siapa ? Kalau benarlah kesahihan surat ini maka ia adalah satu bentuk penghinaan dan ada unsur-unsur jahat.

Kepada ' orang-orang kita ' perangai bergantung kepada diri sendiri. Takkan kita semua suka diperlekehkan ? Ayuh bangun ! Hentikan korupsi.

Ni peringatan kepada staf gomen yang amal korupsi..fikir-fikirkan lah. Ni sila beli buku " Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri " karya Allahyarham Pendita Za'ba terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu khazanah ilmu yang tak ternilai. Berbaloi-baloi..

ZASSS !!!

Selasa, 26 Mei 2009

SESUATU...



teman baru jer tau pasai video iklan ni. walaupun dah lama dok ada kat youtube..ater teman tak merokok so tak ambik pusing sangat..tapi tersengeh jugak ler teman nonton iklan ini
..

Khamis, 21 Mei 2009

DI SEBALIK TABIR MALAM PESTA JIWA


Aku tertarik komen dari Lanterajiwa dalam blog kulopsakah pada entri bertarikh 19 Mei 2009. Lanterajiwa meluahkan rasa kecewanya bila proposal dia untuk mendapatkan dana Malam Pesta Jiwa Part Two dipandang sepi oleh kerajaan PR Perak walaupun ada sahabatnya menjadi orang kuat kerajaan PR Perak di SUK itu.

Bagi aku pedulikan mereka. Depa bukannya pandang kita pun. Depa ni jenis jenama manusia yang hanya tau gunakan kita untuk tuntutan survival politik depa ja. Belum tentu diaorang ada jiwa marhaen. Jiwa rakyat. Jiwa belia. Jiwa seni. Jiwa jiwang-jiwang. Ha ha ha. Korupsi lagi ada la.

Aku turut dapat merasai kekecewaan Lanterajiwa itu kerana aku turut sama-sama membantu dia dalam menjayakan Malam Pesta Jiwa Part One tahun lepas..

Sebagai organizer muda yg baru bertatih. Perghh. Macam-macam kami buat untuk menjayakan Malam Pesta Jiwa Part One dengan bantuan kenalan-kenalan yang mencintai seni. Terima kasih kepada Haneem YKP dan brader Meor Folk yang telah memberi kepercayaan dan bantuan kepada kami untuk menganjurkannya.

Orang Baru

Kami orang baru. Jadi sebagai permulaan Malam Pesta Jiwa Part One kami mengeluarkan duit poket sendiri dan melalui sumbangan derma orang perseorangan yang mengenali kami. Terima kasih kepada rakan-rakanku di Kedah yang sanggup memberi sumbangan ketika aku turun ke sana cuma sedikit kekesalan aku kepada seorang staf penting sebuah yayasan milik salah seorang dari orang terkaya (tycoon) Malaysia langsung memandang sinis proposal kami. Tapi takpe. Aku bukan heran sangat dengan kemegahan yayasan ini. Buat la masjid free banyak mana pun. Kaya pun hasil kapitalis jugak.

Dana

Memang jiwa kami kuat untuk menganjurkan seberapa banyak program sebegini rupa tapi jiwa rasa kami belum cukup kuat bila bertemu bab DANA ini. Yea bro. Inilah masalah kami. Masalah dana jika ingin menganjurkannya terutama di luar KL atau luar kawasan bandar besar Selangor. Untuk memastikan program-program seterusnya menjadi lebih baik dan hebat dari sebelumnya kami amat memerlukan dana yang bukan ciput dan sudah tentu kami memerlukan kerjasama dan sokongan dari kerajaan negeri kerana dari situ lah baru terbuka mata penyumbang-penyumbang budiman untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. He he he.

Tapi itu lah hakikat. Yang lepas sudah terlepas. Brader Meor Folk kata ‘jalan teruss beb !!’ Aku jalan. Aku teruskan jalan itu. Cuma aku sedang tunggu apakah bentuk tindakan atau insentif seniman-seniman yang nak merakyatkan seni ini terutamanya di luar KL? Adakah jiwa seniman-seniman ini cukup kuat dan teguh untuk merakyatkan seni ‘dakwah’ mereka untuk turun padang menarik minat rakyat luar KL?

Atau mereka ini cuma tergolong dalam kategori eksklusif iaitu karya-karya mereka untuk pengikut-pengikut kelompok mereka saja. Kalau dilihat dari senario acara seni yang berlangsung di KL atau kawasan bandar besar Selangor (terutamanya), ianya dihadiri oleh pengikut-pengikut yang sama dalam apa acara sekalipun. Jawaban yang mudah ialah tidak berkembang.

Publisiti

Apa yang diperlukan sekarang ialah publisiti. Bagi mereka yang berada di luar KL dan Selangor atau lebih-lebih lagi di luar bandar, apalah sumber maklumat yang mereka boleh dapat sangat selain daripada tv. Internet jangan haraplah. Bukan semua berduit nak pasang internet.

Publisiti yang dimaksudkan ialah cukup dengan hanya para seniman ini dikenali. Dikenali kerana karya mereka. Dikenali kerana para seniman ini datang membuat persembahan di tempat mereka. Dikenali kerana para seniman berkomunikasi dengan mereka. Para seniman tidak perlu menonjol di tv pun takpe. Itu bukan yang mereka harapkan. Itu pun kalau stesen tv mahu panggil.

Ke Luar Bandar

Tapi sesekali marilah ke luar bandar. Merakyatkan mereka juga. Mereka pun juga rakyat. Seperti orang di bandar. Mungkin kali pertama, kedua, ketiga atau keempat acara kita hambar. Mungkin tidak sampai 20 orang sahaja yang hadir. Tidak mendapat pulangan. Tapi suatu hari nanti rakyat luar bandar ini juga akan mengenali kamu seperti pengikut kamu yang berada di KL. Suatu hari nanti mereka juga akan menjadi salah seorang di antara pengikut kamu.

Seharusnya para seniman mempunyai misi untuk turut diterima dan dihargai di luar bandar. Menurut mak kawan aku masa dulu-dulu seniman-seniman pop yeh yeh pun selalu turun ke Bota. Tapi sekarang seniman rakyat jarang (atau yang lebih tepat tidak pernah) kedengaran turun ke luar bandar.

Dana dan Publisiti

Perkara penting aku nak sampaikan ialah kesinambungan antara publisiti dengan dana. Hubungannya kuat. Aku tersedar perkara ini bila aku mula nak cari dana buat Malam Pesta Jiwa. Apa yang telah aku cakap tadi aku mintak dengan kenalan-kenalan aku. Kenalan-kenalan aku semuanya orang luar bandar. Orang kampong lah senang cakap. Sejujurnya mereka tidak mengenali nama-nama seniman yang tertera dalam proposal tu. Kalau yang kenal pun cuma nama-nama besar seperti Pyan Habib dan Hishamuddin Rais. Itu pun berapa kerat sangat yang kenal nama besar itu.

Maaf kepada teman-teman seniman. Niat aku bukan mahu menyinggung perasaan teman-teman. Aku amat menghormati ideologi, fikrah dan sumbangan kamu. Aku yang kecil ini jugak berasa amat bangga dapat berkawan dengan kamu walaupun dari jauh. Tapi inilah hakikat yang aku rasai. Orang luar bandar (yang bandar pun sama kot) tidak mengenali para seniman ini. Jadi, macam mana mahu dapat sumbangan dana? Nak datang ke majlis itu pun belum tentu. Inikan mahu sumbang dana?

Ini belum lagi masuk bab tiket acara. Acara begini belum mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sebab itu kemasukan kita (terpaksa) beri secara percuma. Atas alasan itu kita perlukan dana. Mungkin 5 tahun atau 10 tahun akan datang apabila acara seni seperti ini mendapat perhatian, barulah kita boleh berfikir tentang tiket masuk seperti Rainforest World Festival. Pada ketika itu hasil jualan tiket sudah mampu menanggung kos selenggara acara seni yang kita mahukan.

Jadi inilah masalah yang aku cuba kaitkan antara dana dan publisiti. Ia secara langsung akan memberi kesan kepada matlamat merakyatkan seni itu sendiri. Bagi aku matlamat merakyatkan seni itu kepada semua rakyat.

Kerjasama

Justeru, pada pandangan aku, pihak organizer (luar bandar) dan pihak seniman perlu bekerjasama untuk mengadakan acara di luar bandar sekerap yang mungkin seperti di KL. Masing-masing perlu bertolak ansur kerana ini sebagai permulaan. Ini dikira sebagai publisiti untuk mencari dana di masa-masa mendatang.

Apabila semua peringkat di bandar dan di luar bandar dijelajah oleh para seniman ini, tidakkah nanti para pengikut-pengikut mereka akan bertambah? Tidakkah mereka rasa bangga apabila seluruh rakyat merasai dan memahami fikrah mereka? Tidakkah mereka mahu karya mereka menjadi bahan sejarah ilmu yg berguna dan menjadi sebutan kepada generasi akan datang? Tak kan kita nak terus berbangga dgn ideologi-ideologi dan karya-karya seni hebat di luar sana terutama Indonesia? Tak kan mereka-mereka ini tak nak menjadi seorang yang hebat di luar sana? Atau cukupkah sekadar angan-angan jenin, mengikut arus musim trend politik semasa yang dilihat memihak kepada mereka?

Optimis

Aku seboleh-bolehnya tidak mahu mengharapkan apa-apa sumbangan daripada kerajaan. Semahu-mahunya aku mahu setiap acara disumbangkan secara ikhlas daripada rakyat dan seterusnya bersama-sama berhibur sambil memperolehi sesuatu yang berguna daripada para seniman. Sejajar dengan tema merakyatkan seni itu sendiri.

Aku cukup optimis untuk mengatakan bahawa para organizer dan para seniman dapat bersama-sama merealisasikan acara kesenian di luar bandar sekerap seperti di KL suatu hari nanti. Aku jugak sangat yakin pada suatu petang nanti untuk melihat dan mendengar tentang karya para seniman rakyat ini menjadi topik-topik perbualan oleh Haji Murtaza, Pak Ngah Leman, Cikgu Suhaili dan Hanapi ketika sedang makan lempeng di gerai Hasan di Teluk Intan. Dan aku wajib rasa bangga apabila di suatu hari nanti Asrar, si teruna sepi Bagan Datoh dan kawan-kawan mengailnya bertanyakan pada aku tentang karya-karya terkini para seniman rakyat untuk mereka turut sama miliki. Pastinya aku juga turut sama meraikan posting yang sedang aku tulis ini apabila pada suatu hari nanti akan ada di kalangan anak-anak aku yang akan membacakan sajak karya Rahmat Haron dan Abdullah Jones pada pertandingan membaca sajak di sekolah mereka. Kepada Lanterajiwa teruskan saja niat suci kamu itu. Pasti ada jalannya.

Aku? Aku mengharap agar hati kita menjadi satu. Apa aje la yea..

Nota : Malam Pesta Jiwa telah diulas dalam ruangan budaya atas nama tajuk Konsep Santai : Kesenian yang merakyat oleh Adam Baskaran (terima kasih bro) dalam Suara Keadilan Bil 182, 19 – 26 Mei 2009. Turut diulas dalam tajuk yang sama ialah acara Pekan Frijan yang akan diadakan pada 30 Mei ini. Dalam ruangan yang sama, Meor Folk juga turut diulas tentang album DRUR nya.

Rabu, 20 Mei 2009

PERAK OH PERAK..


PERAK JADIKAN EMAS

Apa yang sedang berlaku di Perak ini amat baik sekali. Kelam kabut dan kacau bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak ini sekali imbas dilihat tidak mendatang faedah kepada orang ramai. Ini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adakah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tetiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihat sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan dikalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka.

Najib Razak berniat merancang ‘rampasan kuasa’ di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdulah Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa ingin dijadikan sebagai tiupan sangka kala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangka kala ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 March. Harapan ini jelas telah pancet.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Ini adalah tanda-tanda politik sehat dimana elemen-elemen demokrat didalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak tanduk yang telah diambil oleh Najib Razak. Ini adalah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sehat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation. Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan diantara parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adaklah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengenepikan ajenda sampingan dan menerkam kepada ajenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali didalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokan sebagai parti keCinaan telah diterima oleh orang Melayu. Pas yang selama ini dimomokan dengan hukum hududnya telah menerbus masuk ke dalam kawah Cina. Ini adalah perkembangan yang amat menakutkan untuk United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini selalu digunakan sebagai senjata ampuh oleh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai. Di Perak orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak orang Cina tidak lagi takut untuk menerima Pas. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Nizar dan Siva. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu yang muncul hanya Anwar Ibrahim yang pada mulanya masih dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk menyakinkan warga bukan Melayu bahawa Reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak secara sepontan Nizar dan Siva telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Pada malam 20 September 1998 Anwar Ibrahim telah di tangkap di rumahnya. Episode penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Muhamad.

Di Perak episode ini berulang lagi. Pada 7 Mei yang lalu sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi Tuan Speaker dan dikurung agar kuasa dapat dirampas. Kini sekali satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang di wakili oleh Najib Razak.

Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda dari Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia.
(TT)

p/s artikel dari - http://tukartiub.blogspot.com/

Selasa, 19 Mei 2009

DI SUATU HARI DI SUATU WAKTU..


Ini kisah lama. Dulu masa aku lama di kedah dan menjadi kutu aku telah di 'offer' oleh bapak aku menerima lamaran rakannya yang selepas itu aku menjadi partner dalam bisnes dia. Oleh kerna dia ada connection dengan orang jabatan kerajaan so sebagai orang muda yang tahu menghormati warga emas ini so aku follow jer walaupun pada mulanya aku tak berminat.

Sampai sekarang aku masih terasa pelik pasal apa aku boleh mengeluarkan wang simpanan aku untuk dijadikan modal bisnes mengarut ini. Aku memang tak suka dengan sistem bisnes ini sehingga selalu jugak la aku bertekak dengan partner aku. Mana tidaknya sistem ini ibarat habis madu sepah di buang..

Inilah penyakit kronik yang berlaku dalam jabatan kerajaan bila kakitangan kerajaan sendiri suka mengamalkan korupsi lebih dari orang politik dan yang bestnya ada di kalangan mereka cuma office boy jer..ini belum lagi sesiapa yang dok department yang lubuknya tempat para kontraktor berpesta..

Alasan partner aku :-
1. "kalau tak bagi komisyen depa tak bagi projek kat kita dah..saingan sengit..orang lain sedang lobi depa..".(selalunya permintaan mereka melampau )

2."yop kerja kita tgh banyak ni..kalau hang tak dapat cari modal payah dah depa nak bagi projek. ( prinsip aku memang nak elak berhutang bank lastly aku gadaikan juga prinsip aku )

Bila projek kurang..ini alasan 'orang gomen' :-
1."la ni orang atasan dok perhati company hang sebab selalu dapat job..aku terpaksa cari company lain nak cover hangpa.." ( cis! lubuk aku kecik jer..apa ke jadahnya nak suspek aku dapat projek besar..bukannya berjuta, ratus ribu, puluh ribu pun tak..bukannya tiap-tiap minggu dapat job kadang-kadang 3 bulan sekali baru dapat )

2. " nanti kalau ada job aku roger hang..hangpa jgn risau" ( ceh! nak menipu la tu padahal dah pasang kaki lain yang lagi kuat aura lobinya )

3. " aku dah takdak kuasa dah...lagipun penguasa dah parti lain" ( piirah!! parti sapa pun berkuasa korupsi tetap ada jugak )

Akhirnya setelah sekian lama tiada job maka partner aku telah apply jawatan sebagai pak guard..dia berjaya dan aku pun apply jawatan jugak..menjadi kutu semula.

Nak lawan korupsi penguasa peringkat tertinggi ni kuasanya ada pada rakyat..so gunakanlah..


Moral - cari ler bisnes lain yang tak dak kaitan dengan sistem ini kalau nak hidup berkat

BIAQ BETOL !!!






Kiriman e-mel yang aku terima minggu lepas dari kenalan yang bertulis : -

In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cik gu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979

Kenangan - Kepada guruku yang ku panggil 'ummi' Pn. Rosminah Ahmad Kamily,
wajah tenangmu dan lembut tutur katamu akan tersemat dalam ingatanku..

Khamis, 14 Mei 2009

TANDA-TANDA DUNIA PENGHUJUNG NYAWA


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. 'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah..

2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim ~ dah nampak dah..

3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah ~( Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...)

4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah..

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu..

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- - Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon& kat Malaysia pun ada..

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, etc..)

10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²' - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

p/s thanks bigrose@cheam

Selasa, 12 Mei 2009

FEAR OF THE DARK

Ketua Geng 'Fear of the Dark' dah hangat pijor..ayam laganya dah kena sembeeliih..wook..
rayuan ??????? ape ke hal nyer yop !!!!

tak percaya kepada qada' dan qadar ker..?
apa-apa hal pun usaha tangga kejayaan kan...keep it up..
jangan menyesal yop udah..komer tu di peghati rakyat perak..


bravo yop !!

p/s entri ini tiada kaitan langsung dengan tajuk lagu pak cik - pak cik iron maiden tu..hanya suka-suka aku jer.

Sabtu, 9 Mei 2009

BUKU -BUKU YANG SEDANG DI BACA


IBN 'ARABI - Riwayat Hidup dan Perjalanan Seorang Sufi Agung, Karya Claude Addas..

Buku ini terjemahan oleh saudara Eekmal Ahmad dan saudara Adib Zalkapli dan diterbitkan oleh Middle-Estern Graduates Centre Sdn Bhd.


BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN, Karya Afareez Abd Razak Al Hafiz..

Buku ini diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd.

p/s terima kasih lanterajiwa

SEBELUM AKU DI USIA 30...

Sebelum aku merapu dengan lebih konsisten lagi...
dulu aku seorang.....
yang pernah study di IPT..
yang pernah merantau..
yang pernah melancong ke luar negara..
yang pernah jadi buruh..
yang pernah jadi bos..
yang pernah jadi ahli lembaga pengarah..
yang pernah merempit dengan kereta dan motorsikal sendiri..
yang pernah punya banyak wang..
yang pernah terhutang budi dengan orang yang akhirnya menjerat diri sendiri..

dulu juga aku seorang....
yang pernah merasai nikmat accident ( hampir meragut nyawa )..
yang pernah mencintai seseorang bagai nak gila (last dia blah cam tu je..ah ! aku bertepuk sebelah tangan rupenye..kelakar )
yang pernah dipecat ( kerna lawan cakap tokey )
yang pernah diberhentikan ( kerna company bos lingkup )
yang pernah dihalau dari rumah sewa oleh tuan sewa.. ( dihalau secara terhormat )
yang pernah merasai tidur di kaki lima (sebelum hamba Allah ini bagi aku menumpang rumah family dia )
yang pernah berlapar kerna tiada wang..
yang pernah ditinggalkan keseorangan tanpa ada bekalan..

wow! aku juga seorang...
yang masih berhati lembut ( kelebihan atau kelemahan ?? )
yang pernah dan sedang menjadi kutu untuk sementara waktu..
yang pernah menipu dan ditipu ( ditipu tu dah berbakul )..
yang pernah dan masih menjadi penghutang dan pemiutang (kawan-kawan aku ni time sesak cari aku lps tu buat-buat lupa.. )
yang pernah menjadi penjamin hingga bankrupsi..
yang pernah dan sedang menjadi perhatian pihak bank dan pejabat loyar..
yang masih dan sedang disayangi oleh kedua ibubapa dan adik-adikku..

dan sekarang sebelum aku di usia 30 yang makin dekat ini..
BERUBAHLAH SEMENTARA USIA TINGGAL BERBAKI INI !!!

ALHAMDULILLAH...


Entri pertama dari aku sejak sekian lama menjadi pemerhati 'jenama manusia tanpa nama'..
dalam blog ini aku boleh bebas untuk bercerita mengikut logik akal, mood dan instinct aku..tahniah untuk diri sendiri..terus rocckk beb !!!

Alhamdulillah..