Sabtu, 3 Oktober 2009

ALBUM DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT


Harga RM20.00 tidak termasuk belanja pos. Untuk tempahan sila email meor67@yahoo.com, ratabratip@gmail.com atau amin@aminiskandar.com.

Untuk maklumat lanjut klik sini dan sini

Khamis, 10 September 2009

Runcingnya Buluh Ini..


Orang kita memang terlalu baik hati dalam segala hal bak pesanan Faisal Tehrani dalam blognya "baiknya kita, kita sampai terlupa buat baik berpada-pada"

Orang kita hanya gah, hanya pandai berarak usung kepala binatang hanya di kampung sendiri..lebih suka bercakaran sesama kita, lebih suka perbesarkan mana yang tak perlu. Orang luar nak ganyang kita pun, kita lebih suka berdiam diri kerana sudah tertulis orang kita memang terlalu baik hati dan mungkin ganyang bukan untuk budaya kita..sentimen? Tidak.

Kerana aku suka merenung jauh..

Isnin, 31 Ogos 2009

Saya bukan along..Saya cuma nak tolong


Gua terima sms dari member dari utara pagi tadi mintak gua tolong buatkan slip gaji dan menggunakan letterhead kompeni gua menyatakan ‘seakan’ dia bekerja di bawah kompeni gua. Nak buat loan katanya. Gua balas sms member gua – “Ok no hal. Sebelum tu baca entri dari blog gua kul 12 mlm nanti”. Member gua balas sms - “Ok”.

Gua bukan nak membebel pasal along haram atau lintah darat yang berlambak kat luar sana tu dan gua tak reti membebel dengan cara ilmiah. Gua nak membebel macam gua berborak kosong dengan pakcik gua. Yang mencabar kewarasan gua pasal bank-bank di Malaysia yang gua anggap dah macam ‘Godfather of Along’ yang bertopengkan di sebalik perniagaan sah diorang iaitu institusi perbankan di negara ini.

Gua keliru macam mana gomen nak membanteras geng lintah darat atau along haram di luar sana sedangkan gomen pun ‘secara angan tak sedarnya’ menghalalkan budaya lintah darat secara legal melalui institusi bank. Memberi kaedah berhutang yang tak masuk akal seolah-olah mengalakkan rakyat didahulukan untuk berhutang, pencapaian hutang tertunggak diutamakan. Oh gua lupa sebenarnya ia telah di terima dengan baik oleh gomen-gomen di seluruh dunia. Terima kasih kepada Yahudi dan Amerika.

Memang sebahagian besar rakyat kita suka berhutang . Gua nak bagi tau kat sesiapa makan gaji di luar sana tu yang tak biasa ‘di ligan’ dan kalau lu gaji tak besar mana jangan ditipu dan teransang dek iklan-iklan bank yang gila kat tv@browser@terpesona dengan kata-kata manis diorang dengan istilah ‘PINJAMAN PERIBADI SEGERA’. Lebih kurang sama jer dengan along yang berlambak kat luar tu. Bunganya tinggi. Lu pinjam seribu lu terlambat bayar lu tak dapat lari beb. ‘Pinjaman’ tu kan sama ertinya ‘Berhutang’. Sesiapa yang pernah ‘di ligan’ bank pasti tahu azabnya. Orang yang menjadi penjamin pun merasai tempias azabnya. Ok gua rendahkan tahap amaran gua – jangan berhutang dengan bank jika ia bukan digunakan untuk pelaburan aset tetap . Lu ingat diorang akan bagi diskaun sampai 30% bagi sesiapa yang tak bayar hutang tertunggak? Dengan ekonomi sekarang agensi gomen pun sebenarnya dah tak mampu nak bagi hutang dah. So lu fikir kesempatan yang akan diambil bank ketika ekonomi dunia dan Malaysia sedang gerhana. Lubuk diorang sebenarnya beb.

Kalau sesiapa bernasib tak baik akan terima ‘kata-kata jelik’ dari orang gajian diorang di tambah dengan surat-surat dan sms-sms peringatan dari diorang atau lawyer upahan diorang . Katakanlah kita membayar hutang mengikut kadar paling minimum pun setelah rayuan untuk mengelak di saman atau blacklist kononnya tak nak diorang ganggu setiap hari tetapi kita tetap akan di buru juga pada bulan yang berikutnya. Diorang pun ada ‘kuncu-kuncu’ yang akan mencari kita. Lagi kita mendiamkan diri atau menghilangkan diri selagi itulah orang di sekeliling kita akan diganggu. Takkan diorang hanya ada geng tarik kereta jer? Cuba fikir logik walaupun tadi gua hanya beri andaian. Kalau bernasib baik pun kerana kita berhutang secara legal. Kalau tidak sudah tentu kita ’di bunuhnya’. Walaupun secara legal kita akan di isytihar bankrupsi dan harta di sita oleh mahkamah jangan ingat kita akan terlepas dari buruan diorang. Selagi tak bayar selagi itulah diorang akan terus menghantui orang yang berhutang dengan bank. Kita nak menagih simpati? Jangan harap diorang akan meratap kerana inilah tujuan bank ditubuhkan.

Pertamanya kita kena tau keupayaan kewangan kita. Sebahagian besar dari kita makan gaji dan berniaga IKS. Tetapi yang paling penting diorang tahu kita amat-amat lemah dalam perancangan menguruskan kewangan. Pasti dalam 10 orang yang berhutang hanya seorang yang berjaya melunaskan hutang sehingga selesai. Inilah main target bank-bank kita. Diorang tau kita memiliki kelemahan ini dalam istilahnya keperluan kehendak nafsu melebihi keperluan asas hidup. Itulah penindasan ekonomi yang kita ‘anuti’ sekarang.

Desakan social hidup membuat kita berhutang? Berhutang untuk mendapat sedikit kenikmatan dan keselesaan? Nak kawin? Gua tak mau komen. Itu lu boleh fikir sendiri. Gua cuma bagi tau elaklah dari berhutang bank. Cukup-cukuplah berhutang kenderaan dan rumah dengan diorang. Tu pun dah kita sesak nafas. Ni nak bagi tau lagi sekali yang paling ditekankan gua ialah ELAK berhutang dengan bank secara ekspres –PINJAMAN PERIBADI SEGERA. Jelas bahaya beb memang jerut leher sendiri ke tali gantung. Kalau terdesak sangat pun ikhtiar cara lain. Jadikan bank hanya tempat untuk menyimpan wang dan masuk gaji .Kad kredit pun sama janganlah nak berlagak atau menggunakan untuk modal pusingan niaga tak kiralah kad kredit konvensional ke atau secara syariah Islam. Silap haribulan habis porak peranda institusi kekeluargaan beb kerana diorang peduli apa pasal institusi keluarga kita. Sebab itu diorang suruh kita isi maklumat waris terdekat@ maklumat tempat tinggal dan no. telefon ibu. So kepada orang-orang yang berkata ‘’Bodo dah kau berhutang pasal apa? Pandai hutang bank pandailah bayar, Tak cium bau syurga”..bro kita tak tahu niat mereka berhutang pasal apa dan mereka pun dah terseksa . Bukan semua yang tak dapat bayar hutang bank itu semuanya kaki kapur cuma kurang bijak so janganlah takbur. Manalah tau sampai masa kita di ujiNya dengan berhutang suatu hari nanti. Sepatutnya kita rasa syukur yang amat kerana kita memilih untuk selamat dari bebanan hutang. Kepada member gua tadi, gua mintak maaf. Gua cuma nak tolong lu. Harap lu fikir baik-baik.

Gua nak ikutkan tak suka berhutang bank kerana gua lihat sendiri orang-orang yang berhutang di sekeliling gua. Gua dulu pun pernah terjebak dengan diorang. Ada yang bertuah dapat bangun kembali untuk melangsaikan semua hutang lapuknya, ada yang belum lagi menemui tuahnya macam gua. Sebenarnya gua tak peduli dah kalau gua anggap bank itu ALONG kerana diorang jenama manusia sajalah yang berasa diorang betul.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Majalah Jenaka Alternatif


Telah berada di pasaran pada 24 Ogos 2009 (Isnin) Harga RM 4.00 (Semenanjung Malaysia) RM 5.00 (Sabah / Sarawak)

Info lanjut klik sini, sini dan sini

Ahad, 19 Julai 2009

DEMI MASA..

Sesungguhnya aku memang dalam kerugian. Buntu..kesibukan aku dengan masa atas urusan kerja dan urusan peribadi nun jauh di sebuah perkampungan di Kedah. Ia akan berterusan mungkin sehingga hujung tahun ini.

Berhadapan dengan bermacam 'jenama manusia' yang kadang-kadang menguji kestabilan akalku dan untuk menepati janji masa pun agar sukar. Bila dah dok menumpang kampung orang kenalah pandai-pandai membawa diri. Sejak kebelakangan ini aku pun dah banyak terlepas mengetahui peristiwa-peristiwa penting dalam negara sendiri. Email, berita on line dan blog pun tak sempat ku jenguk. Nak p 'cc' pun segan kecuali terdesak.

Semalam aku balik ke Teluk Intan untuk melihat keadaan adik-adik aku dan sudah tentu melihat rumah sewaku yang usang..menemani mereka menonton sebuah 'konsert percuma' pada malam itu dan...

Demi masa memang aku dalam kerugian...

Jumaat, 3 Julai 2009

PENGUMUMAN TERAKHIR ! MALAM SENI RAKYAT

Tarikh : 04 Julai 2009 ( Sabtu )

Masa : 9.00 malam

Tempat :
Dewan Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang,
(belakang Stadium Kajang berhampiran Medan Sate Kajang & Sate Hj. Samuri)

Masuk : Percuma

Anjuran : CRG Communication & ADUN Kajang

Satu bentuk acara hiburan alternatif yang harus dinikmati oleh rakyat marhaen khususnya. Datanglah beramai-ramai menyaksikan karyawan-karyawan rakyat ini mempersembahkan hasilan karya asli mereka untuk kamu semua. Tiada had klasifikasi umur dan ianya berkonsep santai.

Nota 1 : Dapatkan album terbaru Nik a.k.a JavidNamah 'C4 - LLPK'..memang berbaloi-baloi.



Selasa, 30 Jun 2009

TAHNIAH..PENTAS KITA..KARYA KITA

Sebahagian para bloggers network perak, para seniman dan isteri serta krew-krew bergambar bersama tuan rumah Ustaz Arifin@pak karamu sekeluarga di hadapan rumah beliau selepas selesainya 'Pentas Kita..Karya Kita'. Acara ini boleh dianggap berjaya dan mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk Sg Sumun.






Akhirnya pada malam hari Jumaat, tanggal 26 Jun 2009, penganjuran acara seni buat julung kalinya di Sg.Sumun, Bagan Datoh, Perak telah mencapai target yang dikehendaki penganjur terutama respon yang sangat positif dari orang-orang kampung disini. Acara kesenian yang bukan melalaikan dan bersifat mendidik memang akan disambut baik oleh rakyat marhaen..sudah terbukti dengan penganjuran 'Pentas Kita..Karya Kita'.

Sebenarnya ia bermula di sebuah kedai kopi di Teluk Intan awal bulan Mei yang lalu ketika aku dan meor lanterajiwa berborak mengenai permasalahan dan keberkesanan acara kesenian untuk merakyatkan seni dalam konteks bicara kami. "SENIMAN KENA MASUK KAMPUNG" - itu yang aku bilang kepada meor lanterajiwa dan seterusnya kami meluahkannya di dalam blog dan sedikit sebanyak telah terbukti memberi kesan dalam entri aku yang lepas. Klik <>

Terima kasih kepada meor rambut panjang a.k.a meor lanterajiwa yang memanjangkan konteks bicara kami sehingga abg matsamankati mencetuskan idea penganjuran ini kepada Bloggers Network menerusi Perak Express ( abg MSK, sam ahmad, anaz, sya-reformis) dan Pak Karamu bersama anaknya UmmiAnni sehingga terhasilnya kerjasama penganjuran 'Pentas Kita..Karya Kita'. Jasa mereka tetap dikenang. Betul tak bro..

Meor rambut panjang ini telah bekerja keras menghubungkan Bloggers Network, Pak Karamu, UmmiAnni dan para seniman sehingga menjadikan acara ini berjaya. Aku senang di belakang tabir. Gandingan kreativiti meor berkaitan rekaan grafik poster dan hasilan khat oleh syed perkusi gatra memang best dan aku tidak perlu mempertikaikannya.

Terima kasih juga kepada para seniman yang mempersembahkan hasil karya asli mereka, rakan-rakan blog yang sudi hadir dan yang turut mempromosi acara ini di blog masing-masing, krew-krew di belakang tabir acara ini terutama geng yang menyediakan pentas, audio dan lighting, geng catering, geng dari AMK Bagan Datoh yang menjaga lalulintas dan kepada orang-orang kampung Sg. Sumun - Kamu semua memang happening dan cool.

Aku diberitahu oleh meor acara sebegini akan diadakan lagi di Kuala Kangsar selepas raya Aidilfitri tahun ini. Harap di KK nanti tiada yang malu-malu untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Jangan ler dok jauh menyorok dalam gelap, di sebalik pokok-pokok. Kita ingin berhibur sambil menikmati acara kesenian yang berlangsung secara santai dan tidak mahu ada jurang ketidakselesaan antara para seniman dan rakyat terutama orang-orang luar bandar.

Teringin jugak aku untuk 'beraksi' di atas pentas nanti. Kalau meor rambut panjang kata line clear he he he. Sama ada aku masih menjadi krew di sebalik tabir akan datang semuanya bergantung kepada lokasi kerjaya baru aku selepas raya Aidilfitri nanti.


Nota 1 : Terima kasih sekali lagi kepada brader sam ahmad yang sudi jaga 'kedai cd' aku ketika aku curi-curi 'mengulaq' untuk ambik gambar dan menikmati kemeriahan bersama para seniman. Penjualan cd lagu nik a.k.a javidnamah dan meor pestajiwa amat memberangsangkan. Terima kasih kepada 'superstar' pada malam itu - brader pyanhabib, airmas, anak8, kulopsakah, abdullah jones, nik, meor pestajiwa, bebudak percussion dari Malim Nawar dan hariry.

Nota 2 : Ada review dan gambar juga mengenai acara ini dalam blog-blog mereka yang terlibat di atas. Juga gambar klik <>